UNIT AMAL Pengkalan Chepa

Beramal Kerana Allah…Allahuakbar

Archive for Jun 2008

WACANA PERDANA

Posted by unitamalpc di 23 Jun 2008

Satu program Wacana Perdana sempena 100 hari pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat telah diadakan di Balai Islam Lundang pada 21 Jun 2008. Program ini telah membariskan ahli panel YB Saifuddin Nasution, Mufti Perak Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Profesor Dr. Aziz bari. Perantara pada malam itu YB Ahmad Baihaki bin Atiqullah.

Baca baki entri ini »

Posted in Aktiviti | Di tag: | Leave a Comment »

JAMBORI AMAL KEBANGSAAN KE 16

Posted by alisabki di 22 Jun 2008

Kuala Kangsar, Perak-Seramai 15 anggota unit amal Pengkalan Chepa telah menyertai Jambori Amal Kebangsaan ke 16 yang diadakan di Kg Sayong Lembah Kuala Kangsar Perak Darul Ridzuan pada 30 Mei sehingga 1 Jun 2008 baru-baru ini.

Anggota Amal dari Pengkalan Chepa ini adalah merupakan sebahagian wakil Kontingen Kelantan yang seramai 80 anggota kesemuanya. Unit Amal Pengkalan Chepa diberikan tugasan untuk menyediakan kelengkapan khemah peserta keseluruhannya disamping penyertaan khusus di dalam acara pertandingan kawad kaki.

Nik Asmawie

Pengarah Unit Amal Pengkalan Chepa, saudara Zahari yang tidak dapat hadir pada Jambori kali ini mengharapkan agar anggota Unit Amal Pengkalan Chepa agar dapat menjaga nama baik Kawasan, mengekalkan tahap disiplin yang tinggi semasa perkhemahan ini. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dewan Pemuda PAS Pengkalan Chepa yang telah memberikan sedikit ‘duit poket’ kepada anggota Unit Amal.

Penyertaan keseluruhan Jambori pada kali ini adalah seramai 2500 peserta yang mempertandingkan beberapa acara seperti acara tarik tali, kawad kaki, bola futsal, berkayak, memanah, gajet, khemah terbaik dan iron man.

Kontingen Kelantan telah mendapat juara dalam acara bola futsal, kedua dalam kawad kaki, iron man dan berkayak serta ketiga dalam acara ikatan gajet.

Baca baki entri ini »

Posted in Aktiviti | Di tag: | 1 Comment »