UNIT AMAL Pengkalan Chepa

Beramal Kerana Allah…Allahuakbar

JAMBORI AMAL KEBANGSAAN KE 16

Posted by alisabki di 22 Jun 2008

Kuala Kangsar, Perak-Seramai 15 anggota unit amal Pengkalan Chepa telah menyertai Jambori Amal Kebangsaan ke 16 yang diadakan di Kg Sayong Lembah Kuala Kangsar Perak Darul Ridzuan pada 30 Mei sehingga 1 Jun 2008 baru-baru ini.

Anggota Amal dari Pengkalan Chepa ini adalah merupakan sebahagian wakil Kontingen Kelantan yang seramai 80 anggota kesemuanya. Unit Amal Pengkalan Chepa diberikan tugasan untuk menyediakan kelengkapan khemah peserta keseluruhannya disamping penyertaan khusus di dalam acara pertandingan kawad kaki.

Nik Asmawie

Pengarah Unit Amal Pengkalan Chepa, saudara Zahari yang tidak dapat hadir pada Jambori kali ini mengharapkan agar anggota Unit Amal Pengkalan Chepa agar dapat menjaga nama baik Kawasan, mengekalkan tahap disiplin yang tinggi semasa perkhemahan ini. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dewan Pemuda PAS Pengkalan Chepa yang telah memberikan sedikit ‘duit poket’ kepada anggota Unit Amal.

Penyertaan keseluruhan Jambori pada kali ini adalah seramai 2500 peserta yang mempertandingkan beberapa acara seperti acara tarik tali, kawad kaki, bola futsal, berkayak, memanah, gajet, khemah terbaik dan iron man.

Kontingen Kelantan telah mendapat juara dalam acara bola futsal, kedua dalam kawad kaki, iron man dan berkayak serta ketiga dalam acara ikatan gajet.

Advertisements

Satu Respons to “JAMBORI AMAL KEBANGSAAN KE 16”

  1. semoga semua sihat dan panjang umur agar dapat memeruskan perjuangan yang insyaalah diredhoi allah..
    semoga abe yie,abe din dan abe awie tetap meneruskan usaha untuk menjadi tunggak unit amal p.c

    salam

    abdul musawwir b mohd azmi
    unit amal p.chepa 2008

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: