UNIT AMAL Pengkalan Chepa

Beramal Kerana Allah…Allahuakbar

WACANA PERDANA

Posted by unitamalpc di 23 Jun 2008

Satu program Wacana Perdana sempena 100 hari pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat telah diadakan di Balai Islam Lundang pada 21 Jun 2008. Program ini telah membariskan ahli panel YB Saifuddin Nasution, Mufti Perak Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Profesor Dr. Aziz bari. Perantara pada malam itu YB Ahmad Baihaki bin Atiqullah.


Wacana ini diadakan bagi memberi memperbincangkan tentang dasar-dasar Kerajaan Pakatan Rakyat serta perkara-perkara yang perlu dilaksanakan sekiranya Pakatan Rakyat dapat memerintah di peringkat pusat. Selain itu dibincangkan perkara-perkara dasar yang menjadi perbezaan antara parti PAS, Keadilan dan DAP.
Seperti yang diperkatakan oleh Professor Dr Aziz bari tentang bantahan Dewan Pemuda PAS Selangor terhadap satu program yang dianjurkan oleh Kerajaan Selangor yang menyediakan acara nyanyian oleh penyanyi Ella dan Mas Idayu. Katanya alasan berbilang kaum dan bangsa bukannya satu jawapan untuk mengadakan slot nyayian dalam program itu kerana kebanyakan kaum India dan Cina tidak kenal pun dengan Ella dan Mas Idayu. Dasar yang dibawa oleh parti jangan sekali-kali digadaikan.
Unit Amal pada malam itu telah diberikan tugas mengawal lalu lintas dan parking serta persiapan sambutan tetamu dan orang ramai. Seramai 18 anggota Unit Amal Pengkalan Chepa telah bertugas pada malam itu.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: