UNIT AMAL Pengkalan Chepa

Beramal Kerana Allah…Allahuakbar

Archive for Oktober 2008

Majlis Hari Raya Aidilfitri PAS Kelantan

Posted by unitamalpc di 11 Oktober 2008

9 Syawal 1429 bersamaan 9 Oktober 2008 – Satu Majlis Sambutan Aidilfitri Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan telah diadakan bertempat di perkarangan Stadium Sultan Muhd IV. Majlis seumpama ini yang telah diadakan setiap tahun itu mendapat sambutan daripada rakyat Kelantan.

Seramai 40 ribu orangĀ  hadirĀ  bagi memeriahakan majlis tersebut yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum seperti cina, india dan siam. Kesemua PAS Kawasan mengambil bahagian didalam menyediakan gerai dan juadah hari raya seperti sate, ketupat, lemang, gulai kawah, murtabak, mee goreng dan bermacam lagi juadah.

Baca baki entri ini »

Posted in Aktiviti | 4 Comments »

Terbuka AidilFitri PAS Pengkalan Chepa

Posted by unitamalpc di 8 Oktober 2008

Pada 5 syawal 1429 PAS Pengkalan Chepa telah mengadakan satu Majlis Sambutan Hari Raya AidilFitri di Bangunan Purnama, Pengkalan Chepa. Seramai lebih 2000 orang pengunjung yang mengunjungi rumah terbuka PAS Pengkalan Chepa yang berlangsung jam 11 pagi sehingga 1 tengahari.

Diantara tetamu yang hadir adalah terdiri daripada jemputan para pimpinan juga termasuk para ahli dan penyokong PAS yang tinggal di dalam Kawasan Pengkalan Chepa. Diantara juadah yang dihidangkan adalah seperti satey dan nasi kapit, ketupat, tapai, biskut raya, aiskrim dan juga buah-buahan. Para petugas terdiri daripada penghulu dan dibantu oleh pasukan Unit Amal Pengkalan Chepa. Baca baki entri ini »

Posted in Aktiviti | Di tag: | Leave a Comment »