UNIT AMAL Pengkalan Chepa

Beramal Kerana Allah…Allahuakbar

Majlis Hari Raya Aidilfitri PAS Kelantan

Posted by unitamalpc di 11 Oktober 2008

9 Syawal 1429 bersamaan 9 Oktober 2008 – Satu Majlis Sambutan Aidilfitri Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan telah diadakan bertempat di perkarangan Stadium Sultan Muhd IV. Majlis seumpama ini yang telah diadakan setiap tahun itu mendapat sambutan daripada rakyat Kelantan.

Seramai 40 ribu orang  hadir  bagi memeriahakan majlis tersebut yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum seperti cina, india dan siam. Kesemua PAS Kawasan mengambil bahagian didalam menyediakan gerai dan juadah hari raya seperti sate, ketupat, lemang, gulai kawah, murtabak, mee goreng dan bermacam lagi juadah.

Aturcara pentas yang menjadi aturcara selingan kepada tetamu yang hadir diserikan oleh kumpulan pendikir yang diketuai oleh Jen Endoro dan Saudara Azhan Atan juara Akademi Nasid TV9. Kesemua pimpinan negeri hadir pada majlis tersebut dan diantara dif-dif terhormat yang hadir ialah YB Azmin Ali mewakili Parti Keadilan Rakyat.

Bentara dan petugas pada majlis tersebut terdiri daripada 45 anggota unit amal (Pengkalan Chepa menghantar 28 anggota). Badan Perhubungan PAS juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang hadir kerana sentiasa memberi sokongan yang padu kepada PAS Kelantan dan Kerajaan Negeri.

Advertisements

4 Respons to “Majlis Hari Raya Aidilfitri PAS Kelantan”

  1. Tokey Satay said

    Pada hari tu ramai nak jadi body gurd Tok Guru dari Unit Amal kepada Jong kako dan tetamu yang hadir berebut-rebut nak duduk dekat Tok Guru.

    Ada juga yang dah terjadi Bussy body

  2. Amal Tua said

    Betul, itu menunjukkan Unit Amal semakin wujud,dikenali dan diperasani oleh orang ramai, tak macam kawe dulu-dulu walaupun ada tapi orang kurang perasan, mengapa tidak boleh kita tunjukkan kekuatan aspek keselamatan kita, kita dok jeles dengan hok orang saja, macam UMNO dan PKR.Itu bukan jong kako, tp penghulu-penghulu dalam DUN Chempaka.. itu kewajipan mereka. terima kasih.

  3. Syabas Unit Amal Pengkalan Chepa. Diharap sekiranya terdapat apa-apa laporan terkini unit amal, boleh maklum pada ana.

  4. su.amalpc said

    Terima kasih KSU, InsyaAllah ana akan maklumkan setiap laporan terkini.
    AllahuAkbar
    “Beramal Kerana Allah”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: