UNIT AMAL Pengkalan Chepa

Beramal Kerana Allah…Allahuakbar

Ucapan Tok Guru Pada Majlis Meraikan Petugas PRU-12

Posted by unitamalpc di 28 Mac 2008

Mengenai cubaan membeli empat wakil rakyat Pas selepas tamat PRU 2004:

“saya ingin memberitahu hadirin semua bahawa kita dikejutkan dengan peristiwa di mana ada di kalangan wakil rakyat pas yang hanya mendapat dua undi dan dia ditawarkan RM5 juta untuk menukar parti tetapi mereka menolak.Mereka memilih untuk terus dengan Pas.”

“Bersyukur dengan keputusan mereka,saya ingin mengishtiharkan bahawa pucuk pimpinan parti akan menghadiahkan bekas wakil rakyat Bunyamin Hamzah(Salor),Zakaria Yakcob(Kemuning),dan Datuk Hassan Muhammad(Temangan) iaitu tiket umrah. Tiket umrah seorang RM6,000.Jumlah semua jadi RM 18,ooo.Pahtuh,sapo nok bayar?,”gurauanya membuatkan orang ramai ketawa.

Jelasnya mengenai isu kehadirannya ke majlis zaid:

“Saya terima semua jemputan dan pelawaan.Zaid merupakan seorang menteri menteri.Kunjungan saya ke rumah dia adalah atas jemputan.Dia ingin mengubal undang-undang anti lompatan.kebetulan Pas dulu pun dah nak buat dah.Kita dulu waktu wakil rakyat Sungai pinang,Nordin salleh lompat dari semangat 46 masuk UMNO.Kita sudah merangka peraturan dan membawanya ke mahkamah,tetapi ditolak.”

“loni undang-undang itu cuba untuk digubal semula dan saya memang bersetuju.Sekarang ini bukan saya yang menyokong dia,tetapi dia yang menyokong saya,”

“selepas ini saya akan ke tempat sami Budha pula dan saya sudah maklumkan kepada wakil rakyat disana agar mengatur pertemuan saya dengan sami di sana.”

“Kita perlu menghormati orang yang dihormati oleh mana-mana kaum.Nabi Muhammad SAW sebagai contoh,baginda lebai,tetapi baginda juga pemimpin.Nabi cerdik bukan sebab dia bukan belajar dengan manusia,tetapi belajar dengan Allah.”

Tinggalkan komen